Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Events Calendar

Program READ@UiTM Speaker Corner “CELIK JAWI”
Wednesday, April 12, 2023, 10:00AM - 12:00PM
Hits : 31
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum W.B.T. & Selamat Sejahtera

YBhg. Dato'/ Datin / Prof Emeritus / Prof / Prof Madya / Dr / Tuan / Puan

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM READ@UiTM SPEAKER CORNER “CELIK JAWI”

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam dengan kerjasama Pelajar Latihan Industri akan mengadakan Program Read@UiTM Speaker Corner “Celik Jawi”. Program akan diadakan seperti ketetapan seperti berikut:

Tarikh 

 

:

12 April 2023 (Rabu)

Masa

Tempat

 

:

:

10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Library Community Engagement, Aras 4 PTAR Kampus Puncak Alam

3.      Sehubungan itu, pihak kami dengan sukacitanya ingin menjemput pelajar-pelajar UiTM Kampus Puncak Alam untuk menghadiri program ini. Sila isi maklumbalas penyertaan pada atau sebelum 11 April 2023 (Selasa) sebelum jam 5.00 petang. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini boleh menghubungi Cik Nur Dayana Binti Md Yusoff (010-9738830) selaku urusetia program. 

Pautan Pengesahan Kehadiran  : Program Read@UiTM “Celik Jawi”

  

4.     Semoga kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan lagi program ini. Kerjasama dari pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih


Sekian, terima kasih.
 
"MALAYSIA MADANI"
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

PERPUSTAKAAN UiTM CAWANGAN SELANGOR
Location Library Community Engagement, Aras 4 PTAR Kampus Puncak Alam